-->

PETRONAS akan umum jumlah pengeluaran minyak Malaysia bagi 2017


KUALA LUMPUR: PETRONAS akan mengumumkan jumlah pengeluaran minyak mentah Malaysia untuk tahun depan seperti yang dipersetujui pada mesyuarat Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan anggota bukan OPEC di Vienna, Austria, minggu lalu

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata jumlah pengurangan pengeluaran itu akan diumumkan oleh syarikat minyak nasional itu sedikit masa lagi

Beliau berkata, langkah itu sejajar dengan komitmen Malaysia untuk mengurangkan pengeluaran minyak mentah, selaras dengan perjanjian yang dicapai oleh anggota OPEC dan pengeluar bukan OPEC

"Saya turut menyertai mesyuarat selama tujuh jam antara ahli OPEC dan bukan OPEC di Vienna, Austria, baru-baru ini

"Cuma kini, biarlah jumlahnya diumumkan sendiri oleh Petronas. Kita akan menjadi sebahagian daripada pengurangan pengeluar bukan OPEC untuk mengurangkan 558,000 tong sehari (bpd)," katanya

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Laporan Pemantau Ekonomi Malaysia (MEM) Bank Dunia Disember 2016 bertajuk "Ke Arah Pertumbuhan Produktiviti", di sini, hari ini

Selain itu, ahli OPEC dan pengeluar lain, termasuk Russia mengumumkan akan mengurangkan pengeluaran hampir 1.8 juta tong sehari (bpd) mulai Januari 2017

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/225404



BERIKAN KOMENTAR ()