-->

Aneka Resipi Ayam Yang Mesti Anda Cuba

1. AYAM BAKAR MADU MAYONIS
Ayam Bakar Madu Mayonis

Bahan-bahan:

8-10 ketul kepak ayam
4cm halia - parut
4 ulas bawang putih - parut
1 sudu besar madu - leh add
1 sudu besar gula perang - hana x ltk tp lebihkan madu
1 sudu kecil blackpepper
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
2 ½ sudu besar mayonis
Butter@minyak zaitun@minyak masak
garam

Cara:

●Basuh bersih kepak ayam. Ketepikan.
●Gaul kepak ayam dengan semua bahan kecuali minyak zaitun@butter. Perap 4jam atau lebih. Seeloknyer semalaman.
●Panaskan oven suhu 180. Alaskan loyang dengan aluminium foil.
●Susun kepak ayam dan renjis2kan dengan minyak zaitun atau letak sedikit butter di atas ayam.
●Bakar selama 45min-1jam atau hingga keperangan.

2. AYAM SERAI PEDAS
AYAM SERAI PEDAS

Bahan-bahan:

3 keping dada ayam - ambil isi sahaja
*ayam tu gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, pastu goreng hingga masak tapi jangan terlalu garing.
1 batang serai - dititik
5 helai daun limau purut
2 biji cili besar - ditumbuk@dikisar
6 biji cili padi - ditumbuk@dikisar
1 ulas bawang putih - ditumbuk@dikisar
1 ulas bawang merah - ditumbuk@dikisar
1 camca sos ikan @sos nampla
1 camca sos tiram
secubit gula
kiub pati ayam
sedikit perahan limau nipis
sedikit minyak untuk menumis

Cara:

Masukkan minyak untuk menumis serta serai, daun limau purut, cili besar, cili padi, bawang putih dan bawang merah. Tumis sehingga naik bau. Masukkan potongan ayam dan sedikit air bagi memastikan ayam masak secukupnya. Masukkan sos ikan, sos tiram, gula dan kiub pati ayam. Kacau sebati. Tutup api dan hidangkan.

3. STICKY CARAMEL CHICKEN
STICKY CARAMEL CHICKEN

Bahan-bahan:

12 keping kepak ayam (kalau besar kerat dua), cuci bersih dan toskan
2 camca besar minyak masak
3 ulas bawang putih, dititik dengan kulit2nya, tak payah kupas
1 camca besar cincangan halia
1 camca besar sos ikan
1 camca besar kicap
1 camca besar sos cili
7 - 8 camca besar madu
1 sudu besar serbuk lada hitam

Cara:

Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan kepak ayam, gaul rata dan masak dengan api sederhana selama 5 - 6 minit. Masukkan semua sos dan madu, serbuk lada hitam, kacau sekejap dan tutup kuali. Kacau sekali sekala hingga kepak ayam kelihatan bersalut, masak kurang lebih 15 minit. Biar hingga pekat dan warnanya bertukar perang keemasan. Angkat dan hidangkan.

4. AYAM PAPRIK
AYAM PAPRIK

Bahan-bahan:

½ ekor ayam - dipotong kecil2
4 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 labu bawang besar - dimayang
2 batang serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong
4-5 biji cili padi - ditumbuk
bunga kobis, kacang buncis @ panjang, karot dan jagung muda
sedikit sos tomato
sedikit sos cili
sedikit sos tiram
kicap manis
serbuk perasa

Cara:

Panaskan kuali. Gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jangan terlalu garing). Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili padi yang ditumbuk, kacau sekejap. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis dan serbuk perasa. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. Masukkan serai, daun limau purut, ayam yang digoreng tadi dan sayur-sayuran. Bila dah mendidih, masukkan bawang besar dan buah tomato. Biarkan seketika dan boleh tutup api. Semasa menghidang, perahkan limau kasturi

5. AYAM MASAK LEMAK MERAH
AYAM MASAK LEMAK MERAH

Bahan-bahan:

500 gm ayam
*3 labu bawang
*3 ulas bawang putih
*1 inci halia
*1 inci kunyit/1 sdk serbuk kunyit
*3 sudu lada kisar
1 keping asam gelugor
3 biji tomato
2 biji lada merah
6-7 batang bendi
1 cawan santan pekat.
Bahan perisa secukup nyer

Cara:

1.Bersihkan ayam, toskan.
2.Kisar semua bahan bertanda *
3.Panasakan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.
4.Masukkan ayam, bendi, tomota dan lada besar.
5.Tuangkan santan pekat dan tambah air kalau suka kuah lebih.
6.Sesuaikan rasa.
7.Masak sehingga kuah sedikit pekat dan ayam masak. Hidangkan panas.

6. AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS
AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil) guna bahagian peha ayam jer 2 ketul

Bahan perap ayam:

3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar herba campuran/mix herb mccormick (kalau tak ada boleh letak campuran dried parsley, oregano + basil)
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan
Sedikit mentega

Cara:

Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan. Perap selama 1 1/2 jam. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.

7. AYAM CILI MASAK KETUMBAR

Bahan-bahan:

1/2 kg ayam
serbuk kunyit dan garam utk digaulkan dgn ayam
6 biji bwg merah*
3 ulas bwg putih*
sedikit halia*
4 sudu besar ketumbar@
1 sudu besar jintan manis@
4 sudu besar cili kisar
2 asam keping

Note:

- Kisar bahan2 bertanda * bersama2 (kisar dgn sedikit air)
- Kisar bahan2 bertanda @ bersama2 (guna blender kering)

Cara:

1. Gaulkan ayam dgn serbuk kunyit & garam. Goreng ayam sampai garing.
2. Tumis bahan2 bertanda * yg telah dikisar sampai naik bau.
3. Masukkan cili kisar dan masak sampai pecah minyak.
4. Masukkan bhn2 bertanda @ dan tuangkan sedikit air jika terlalu pekat (guna api sederhana)
5. Masukkan asam keping, gula dan garam. Kemudian masukkan ayam goreng. Kacau sebati. Siap dihidang.





BERIKAN KOMENTAR ()