-->

Apa Yang Berlaku 24 Jam Selepas Minum Minuman Tenaga

Apa yang akan berlaku 24 Jam selepas minum minuman tenaga yang perlu anda tahu. Secara terperinci seperti yang diterangkan oleh artikel dibawah ini.


Secara rumusannya, minuman tenaga mengandungi 80mg kefein per tin yang mampu membuatkan kita bertenaga, lebih fokus dan celik untuk jangkamasa yang singkat.

1. Untuk tempoh 40 minit yang pertama, situasi yang berlaku adalah sama seperti yang dibincangkan tadi (tekanan darah meningkat, anda jadi lebih celik, fokus).

2. Sugar crash berlaku kira-kira 1 jam selepas meminumnya. Anda jadi lesu kembali.

3. Bergantung kepada individu, kira-kira 3-6 jam diperlukan untuk menurunkan 50% paras kafein yang berada dalam pembuluh darah (caffeine’s half-life), justeru sekurang-kurangnya 12 jam diperlukan untuk menyingkirkan sepenuhnya kafein yang diminum tadi dari darah (hati bertindak sebagai metabolizer, metabolites disingkirkan menerusi air kencing).

4. Wanita yang mengambil pil perancang perlukan masa 2x ganda lebih lama untuk menyingkirkan kafein ini dari badan mereka.

5. (Khas untuk mereka yang mengambil minuman ini secara kerap) – dalam tempoh 12-24 jam selepas meminumnya, caffeine withdrawal berlaku – anda akan rasa sakit kepala, pening, rasa makin lesu, moody dan kemungkinan sedikit sembelit ketika membuang air besar.

6. 7 hingga 12 hari diperlukan untuk badan ‘beradaptasi’ dengan kesan caffeine – apabila ini berlaku, anda tidak akan lagi merasai kesan ‘boost’ dari kafein tersebut. Kes ini pernah berlaku pada kawan saya, seorang penggemar minuman tenaga seperti Red Bull dan Livita. Dia pelik dan hairan, kenapa dia masih rasa mengantuk meskipun sudah 2 botol minuman tenaga tersebut telah diminumnya. Hakikatnya badan beliau sudah beradaptasi dengan kafein.

BERIKAN KOMENTAR ()